Powered By Blogger

Thanks 4 Viewing..

Asslamualaikm.. Slamat dtg ke blog saya yang sderhana ini..
Sekiranya ada apa2 cdangan sudi2knla memberi pandangan anda. Terima kasih diucapkan kepada saudara/i yang sudi melawat..

Tuesday, August 18, 2009

Program Berasaskan Sekolah (PBS) PISMP Sem 2, Ambilan Januari 2009



Tanggal 16 Ogos 2009M, bersamaan 25 Syaaban 1430 H telah dijalankan Program Berasaskan Sekolah (PBS) bagi guru pelatih PISMP Sem 2 Ambilan Januari 2009. Program ini dijalankan selama seminggu dan wajib dilalui oleh semua guru pelatih untuk layak menerima ijazah perguruan. Ini adalah buat yang kali kedua kulalui.. Kali pertama di Sg.Petani je.. Kali ni rasanya paling best.. Buat kat Kelatan, Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1. Memang banyak pengalaman yang dilalui disini dan kebanyakannya pengalaman manis.. Sambutan daripada guru-guru dan pelajar-pelajar amat memberansangkan. Semua pelajar dapat menerima kehadiranku walaupun jelas yang diri ni bukan orang Kelantan tp semuanya amat sempurna disini.. Dapat berkenalan dengan guru-guru serta pelajar-pelajar disini.. Dan juga dapat kenal guru-guru pelatih dari IPGM yang lain yang turut bersama disini.. Keseluruhannya seminggu berada di sekolah ni sangat menyeronokkan dan terasa berat hati waktu nak balik Kedah.. Harap2 nanti dapat datang balik ke sini... Insyaallah... ;)





Thursday, May 28, 2009

Program Bina Insan Guru Siri 6 2009 IPGM KSAH






Pada 4-7 May 2009 bersamaan 9-12 Jamadilawal 1430 Hijrah telah diadakan Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan empat kelas PISMP Ambilan Januari 2009 yang bertempat di Kem Rimba, Pulau Pangkor, Perak. Keseluruhan peserta ialah seramai 79 orang guru pelatih IPGM KSAH dari kelas IP1C,IP1D,IP1E dan IP1H serta beberapa orang pensyarah IPGM kSAH. Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk sahsiah atau peribadi yang mantap lagi terpuji di kalangan bakal-bakal guru yang akan dikeluarkan oleh IPGM KSAH kelak. Insyaallah.. Demikianlah sebabnya mengapa ia dinamakan sebagai Bina Insan Guru. Sepanjang program ini berlangsung, kami diberikan beberapa tanggungjawab yang harus dipikul. Banyak aktiviti yang menarik telah kami lakukan dan pengalaman-pengalaman baru yang telah dilalui sepanjang program ini. Paling menarik ialah aktiviti membina rakit dan berakit ke Pulau Giam. Aktiviti merupakan yang paling menarik kerana ia benar-benar menguji kesabaran. Sikap kepimpinan, bekerjasama dan toleransi menjadi prinsip yang sangat diperlukan sepanjang aktiviti ini. Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah semua guru pelatih. Namun begitu, disebalik segala kegembiraan terdapat sedikit peristiwa sedih muncul. Ayahanda kepada salah seorang guru pelatih telah menyahut seruan Illahi untuk kembali kepadaNya. Al-Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.. Walaupun kepuasan dan kegembiraan dicapai melalui program ini, namun perkara utama yang dicapai oleh semua guru pelatih ialah bagi saya ialah ikatan ukhuwah yang terjalin diantara semua guru pelatih semakin erat.. Alhamdulillah.. Sekian warkahku.. Wassalam..

Monday, May 11, 2009

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu & Lawatan Ke Sabah








Ekspidisi Mendaki Gunung Kinabalu dan Lawatan Ilmiah ke Sabah merupakan program terbesar yang dianjurkan oleh kumpulan PISMP Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2009. Program ini disertai oleh 20 orang guru pelatih, 6 orang pensyarah dan 5 orang peserta yang mewakili Jabatan Belia dan Sukan. Selain itu, kami turut melawat IPGM Kampus Gaya dan bertemu dengan guru-guru pelatih institut tersebut. Kehadiran kami disambut meriah oleh pihak IPGM Kampus Gaya. Kami turut melawat Universiti Malaysia Sabah (UNIMAS) dan memperoleh banyak pengetahuan yang berguna. Hasil daripada aktiviti ini, kami memperoleh banyak pengalaman yang sangat menarik dan sukar dilupakan.

Followers