Pada 4-7 May 2009 bersamaan 9-12 Jamadilawal 1430 Hijrah telah diadakan Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan empat kelas PISMP Ambilan Januari 2009 yang bertempat di Kem Rimba, Pulau Pangkor, Perak. Keseluruhan peserta ialah seramai 79 orang guru pelatih IPGM KSAH dari kelas IP1C,IP1D,IP1E dan IP1H serta beberapa orang pensyarah IPGM kSAH. Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk sahsiah atau peribadi yang mantap lagi terpuji di kalangan bakal-bakal guru yang akan dikeluarkan oleh IPGM KSAH kelak. Insyaallah.. Demikianlah sebabnya mengapa ia dinamakan sebagai Bina Insan Guru. Sepanjang program ini berlangsung, kami diberikan beberapa tanggungjawab yang harus dipikul. Banyak aktiviti yang menarik telah kami lakukan dan pengalaman-pengalaman baru yang telah dilalui sepanjang program ini. Paling menarik ialah aktiviti membina rakit dan berakit ke Pulau Giam. Aktiviti merupakan yang paling menarik kerana ia benar-benar menguji kesabaran. Sikap kepimpinan, bekerjasama dan toleransi menjadi prinsip yang sangat diperlukan sepanjang aktiviti ini. Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah semua guru pelatih. Namun begitu, disebalik segala kegembiraan terdapat sedikit peristiwa sedih muncul. Ayahanda kepada salah seorang guru pelatih telah menyahut seruan Illahi untuk kembali kepadaNya. Al-Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.. Walaupun kepuasan dan kegembiraan dicapai melalui program ini, namun perkara utama yang dicapai oleh semua guru pelatih ialah bagi saya ialah ikatan ukhuwah yang terjalin diantara semua guru pelatih semakin erat.. Alhamdulillah.. Sekian warkahku.. Wassalam..
Thanks 4 Viewing..
Asslamualaikm.. Slamat dtg ke blog saya yang sderhana ini..
Sekiranya ada apa2 cdangan sudi2knla memberi pandangan anda. Terima kasih diucapkan kepada saudara/i yang sudi melawat..

Thursday, May 28, 2009
Program Bina Insan Guru Siri 6 2009 IPGM KSAH
Pada 4-7 May 2009 bersamaan 9-12 Jamadilawal 1430 Hijrah telah diadakan Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan empat kelas PISMP Ambilan Januari 2009 yang bertempat di Kem Rimba, Pulau Pangkor, Perak. Keseluruhan peserta ialah seramai 79 orang guru pelatih IPGM KSAH dari kelas IP1C,IP1D,IP1E dan IP1H serta beberapa orang pensyarah IPGM kSAH. Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk sahsiah atau peribadi yang mantap lagi terpuji di kalangan bakal-bakal guru yang akan dikeluarkan oleh IPGM KSAH kelak. Insyaallah.. Demikianlah sebabnya mengapa ia dinamakan sebagai Bina Insan Guru. Sepanjang program ini berlangsung, kami diberikan beberapa tanggungjawab yang harus dipikul. Banyak aktiviti yang menarik telah kami lakukan dan pengalaman-pengalaman baru yang telah dilalui sepanjang program ini. Paling menarik ialah aktiviti membina rakit dan berakit ke Pulau Giam. Aktiviti merupakan yang paling menarik kerana ia benar-benar menguji kesabaran. Sikap kepimpinan, bekerjasama dan toleransi menjadi prinsip yang sangat diperlukan sepanjang aktiviti ini. Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah semua guru pelatih. Namun begitu, disebalik segala kegembiraan terdapat sedikit peristiwa sedih muncul. Ayahanda kepada salah seorang guru pelatih telah menyahut seruan Illahi untuk kembali kepadaNya. Al-Fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.. Walaupun kepuasan dan kegembiraan dicapai melalui program ini, namun perkara utama yang dicapai oleh semua guru pelatih ialah bagi saya ialah ikatan ukhuwah yang terjalin diantara semua guru pelatih semakin erat.. Alhamdulillah.. Sekian warkahku.. Wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment